The Dajjal Crimes
The Dajjal Crimes-Himpunan maklumat berguna berkaitan konflik-konflik dunia terutama konflik Israil-Palestin. The Dajjal Crimes membantu mencari suara kebenaran dan himpunan sejarah dunia. Semua tersedia di The Dajjal Crimes
Sunday, October 31, 2010
Netanyahu pandu kereta paling mahal (The Dajjal Crimes)
The Dajjal Crimes
31 Oktober 2010 - Ketakutan sentiasa menyelubungi rejim Israel, itulah kata-kata yang boleh diungkapkan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Berita diterbitkan oleh sebuah akhbar China "China Daily", bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam proses memandu kereta yang paling mahal dalam sejarah Israel dari model (Audi A8) mewah.
Apa keistimewaan kereta tersebut ? Nilai dari kereta - yang dianggap sebagai model terbaik dari syarikat tersebut - USD 685,000 sebelum cukai, yang dilengkapi dengan keselamatan terkini, yang diukur dengan beberapa siri kereta para pemimpin Israel selama beberapa dekad.
Dikeluarkan di Israel, jumlah kos dari kereta termasuk kesemua alat keselamatan dan USD 750 - 850,000 AS selepas cukai, dan Netanyahu dijangka akan memperolehinya sebelum akhir tahun ini.
Tambahan sistem keselamatan kereta tersebut termasuk unit sistem antena, dikawal secara elektronik untuk menanggung berat tambahan, kalis peluru dan bom tangan, sistem bekalan bebas oksigen dan memadamkan api serta merta, serta mekanisme pintu "eject" jika terkena sebarang letupan.
Sumber: PLDF | Terjemahan: Abu Mohd (Admin)
The Dajjal Crimes
Sunday, October 24, 2010
Netanyahu Ulangi Tuntutan Iktiraf Negara Yahudi (The Dajjal Crimes)
The Dajjal Crimes
24 Oktober 2010 - Bethlehem - Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu, yang sering mengecam para perunding Palestin kerana membangkitkan isu pembekuan penempatan pendatang sebagai "prasyarat" bagi rundingan damai, berkata dalam sebuah wawancara radio tentera yang perdamaian hanya boleh dicapai setelah Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi.
Tuntutan Netanyahu itu dibuat setelah dia berucap di Persidangan tahunan Institut Polisi Orang Yahudi di Baitul Maqdis. Dia berkata yang keperluan bagi keselamatan Israel sangat mahal harganya dan sentiasa saja terus meningkat, sambil menjelaskan bahawa sebarang perdamaian yang berpanjangan dengan Palestin haruslah didasarkan pada "penyusunan keselamatan yang sesuai".
Netanyahu juga mengulangi keperihatinannya terhadap isu Iran dan meluahkan harapan agar hubungan negaranya dengan Turki akan dapat diperbaiki. Hubungan kedua-dua negara Mediteranean berkenaan telah renggang lanjutan dari insiden serangan Israel, pada 31 Mei lalu, yang dilancarkan ke atas armada "Free Gaza" di perairan antarabangsa, yang mana telah menyebabkan kematian sembilan orang aktivis Turki.
The Dajjal Crimes
Abbas Patut Dilucutkan Jawatan (The Dajjal Crimes)
The Dajjal Crimes
24 Oktober 2010 - London - Badan-badan Palestin di Eropah berkata yang Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, harus dilucutkan kuasanya berdasarkan kenyataan yang dibuatnya di televisyen Israel di mana beliau telah mengumumkan rancangannya untuk menggugurkan beberapa hak bersejarah rakyat Palestin sebagai imbalan bagi sebuah negara berdasarkan sempadan tahun 1967.
Sebuah kenyataan yang ditandatangani oleh 29 buah yayasan Palestin di benua Eropah berbunyi, "Perbuatan mengalah oleh mana-mana tokoh Palestin yang menjayakan usaha penjajahan Israel, dalam bentuk kata-kata atau perbuatan, melayakkan mereka-mereka ini untuk digugurkan dari semua kedudukan dan kekuasaan yang mereka tempati, dan [tokoh-tokoh berkenaan] harus serta-merta bertanggungjawab ke atas pelanggaran berlanjutan yang dilakukan ke atas hak-hak mutlak rakyat Palestin."
"Mahmoud Abbas dan orang-orangnya lupa yang tidak ada sesiapapun memiliki kuasa untuk menggugurkan atau boleh campurtangan dalam perkara hak-hak rakyat Palestin. Mereka adalah hak-hak yang sah yang mana rakyat kita telah banyak berkorban demi mempertahankannya selama hampir satu abad," sambung kenyataan tersebut.
Organisasi-organisasi berkenaan juga mengecam keras kenyataan pegawai senior PLO, Yasser Abedrabbo, yang mengumumkan akan kesanggupan Pihak Berkuasa Palestin untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, dengan mengatakan, "Kami mengutuk keras sebarang kenyataan tidak bertanggungjawab oleh mereka-mereka yang tidak memiliki hak-hak yang sah dalam arena Palestin, seperti apa yang baru-baru ini dikatakan oleh Yasser Abedrabbo tentang mencapai tujuan strategik dengan cara mengiktiraf 'negara Yahudi' Israel bagi mencapai penyelesaian politik."
The Dajjal Crimes
"(Syarat Israel yang menuntut pengiktirafan terhadap Israel sebagai Negara Yahudi) suatu usaha untuk menghalalkan ciri rasis penjajahan dan negara Israel dan ia adalah usaha mereka yang terdesak bagi menutup peluang pelarian Palestin untuk kembali ke tanahaiar mereka."
"(Kedudukan Abbas) juga bertujuan untuk mengancam rakyat kita, yang berada di bumi Palestin yang dijajah pada tahun 1948, dari segi kewujudan dan kestabilan mereka, terutamanya kerana mereka terlibat dengan paket undang-undang rasis yang baru dirumuskan oleh kerajaan pelampau Israel, seperti sumpah untuk setia kepada undang-undang negara Yahudi dan larangan terhadap semua rujukan kepada Nakba (bencana)."
Kumpulan ini menekankan yang perkembangan baru-baru ini "membentuk satu situasi yang dunia hari ini tidak boleh palingkan pandangan mereka atau berdiam diri, serta kenyataan yang lebih jelas berkenaan logik Israel yang berkaitan dengan proses damai sebagai rangka kerja untuk memperpanjangkan penjajahan dan memusnahkan hak-hak mutlak rakyat Palestin."
Thursday, August 19, 2010
Askar Israel hina tahanan Palestin (The Dajjal Crimes)
The Dajjal Crimes
BAITULMUQADDIS – Gambar-gambar seorang askar wanita Israel yang bergambar bersama sekumpulan tahanan Palestin yang bergari dan mata mereka ditutup dengan kain menimbulkan kecaman hebat di Israel kelmarin.
Stesen televisyen Israel menyiarkan gambar-gambar tersebut manakala pihak tentera mengeluarkan satu kenyataan yang menyifatkan ia sebagai tingkah laku yang tidak tahu malu.
Askar wanita yang bergambar itu, Eden Aberjil sudah menamatkan perkhidmatan ketenteraannya sejak setahun lalu.
Aberjil menghantar gambar-gambar yang dirakamkan pada tahun 2008 itu ke laman Facebook.
Gambar itu menunjukkan dia tersenyum di hadapan tiga orang tahanan Palestin yang digari dan mata mereka ditutup.
Bagi mempertahankan tindakannya itu, Aberjil berkata: “Saya tidak memalukan tahanan-tahanan ini. Saya tidak memukul atau bersikap kurang sopan terhadap mereka. Ia sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh askar-askar Amerika di dalam penjara Iraq.
“Tidak ada kenyataan pada gambar itu yang menyebut mengenai keganasan, sikap tidak hormat atau apa sahaja yang menyinggung perasaan mereka (tahanan). Saya cuma merakamkan gambar dengan seseorang.
“Apabila saya mendapati ramai orang yang tersinggung, saya kemudian mengeluarkan gambar tersebut,” kata Aberjil kepada Radio Israel. Namun, perbuatan askar Israel itu mendapat kecaman Ketua Jawatankuasa Menentang Penderaan Israel, Yishai Menuchim.
“Tindakan ini menggambarkan sikap yang sudah menjadi kebiasaan dan menjadi bukti bahawa tahanan Palestin dilayan seperti objek bukannya manusia,” kata Menuchim dalam satu kenyataan. – Agensi
kredit : kosmo.com.my
Kedutaan Turki di Israel diceroboh (The Dajjal Crimes)
The Dajjal Crimes
BAITULMUQADDIS – Seorang penduduk Palestin yang memecah masuk ke pejabat Kedutaan Turki di Tel Aviv, Israel dan cuba menahan beberapa tebusan kelmarin merupakan bekas pemberi maklumat Israel yang mencari suaka politik, kata peguam belanya, Avital Horev semalam.
Penduduk Palestin itu, Nadim Injaz ditahan di dalam kedutaan itu sebelum dia diserahkan kepada pihak berkuasa Israel.
Horev menyatakan anak guamnya itu yang lahir di bandar Ramallah dikehendaki oleh pihak berkuasa Palestin kerana bekerjasama dengan Israel.
Satu kenyataan rasmi dari Kementerian Luar Turki memberitahu Nadim telah memanjat tingkat satu bangunan kedutaan, bersenjatakan sebilah pisau, bekas mengisi petrol dan pistol mainan.
Namun, tiada sesiapa di kedutaan itu yang cedera dalam kejadian tersebut.
Sumber perubatan Israel menyatakan Nadim mengalami kecederaan kecil selepas dia ditembak di kaki pada Selasa lalu.
Dia kemudian dihantar ke hospital Ichilov di Tel Aviv.
“Sepanjang tahun 1990-an, dia berjaya menggagalkan banyak serangan Palestin dan menyelamatkan ramai nyawa askar serta penduduk Israel.
Namun, Shin Bet enggan memberinya perlindungan,” kata Horev.
Shin Bet bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan dengan Nadim.
Jurucakapnya menegaskan Nadim tidak pernah bekerja dengan Shin Bet dan kesnya dikendalikan oleh pihak polis. – AFP
kredit : kosmo.com.my
The Dajjal Crimes
BAITULMUQADDIS – Seorang penduduk Palestin yang memecah masuk ke pejabat Kedutaan Turki di Tel Aviv, Israel dan cuba menahan beberapa tebusan kelmarin merupakan bekas pemberi maklumat Israel yang mencari suaka politik, kata peguam belanya, Avital Horev semalam.
Penduduk Palestin itu, Nadim Injaz ditahan di dalam kedutaan itu sebelum dia diserahkan kepada pihak berkuasa Israel.
Horev menyatakan anak guamnya itu yang lahir di bandar Ramallah dikehendaki oleh pihak berkuasa Palestin kerana bekerjasama dengan Israel.
Satu kenyataan rasmi dari Kementerian Luar Turki memberitahu Nadim telah memanjat tingkat satu bangunan kedutaan, bersenjatakan sebilah pisau, bekas mengisi petrol dan pistol mainan.
Namun, tiada sesiapa di kedutaan itu yang cedera dalam kejadian tersebut.
Sumber perubatan Israel menyatakan Nadim mengalami kecederaan kecil selepas dia ditembak di kaki pada Selasa lalu.
Dia kemudian dihantar ke hospital Ichilov di Tel Aviv.
“Sepanjang tahun 1990-an, dia berjaya menggagalkan banyak serangan Palestin dan menyelamatkan ramai nyawa askar serta penduduk Israel.
Namun, Shin Bet enggan memberinya perlindungan,” kata Horev.
Shin Bet bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan dengan Nadim.
Jurucakapnya menegaskan Nadim tidak pernah bekerja dengan Shin Bet dan kesnya dikendalikan oleh pihak polis. – AFP
kredit : kosmo.com.my
The Dajjal Crimes
Thursday, August 5, 2010
Rabi Yahudi: Pasukan Israel Berlatih Serang Iran di Jerman (The Dajjal Crimes)
The Dajjal Crimes
Jerusalem (Al-Quds) – Infopalestina: Jatuhnya sebuah helicopter tempur Israel di Romania pekan lalu dan terbunuhnya enam timnya selama latihan militer masih diselimuti banyak misteri dan pertanyaan seputar misi yang sedang digelar di wilayah itu.
Harian Israel Maarev melansir statemen dari rabi besar di Israel bahwa pasukan Israel berlatih di Romania untuk melakukan serangan jarak jauh atau Iran.
Rabi bernama Amnon Yisthak menyampaikan nasihat agamanya yang dimuat oleh harian Maarev bahwa perang akan meletus dalam beberapa pekan dengan intensitas besar dan berdarah-darah.
Rabi yahudi menambahkan, bahwa pesawat tempur Israel yang berlatih di Romania menggelar tugas ini karena ada kemungkinan serangan jarah jauh atau negara berjarak jauh dari Israel. Ia menegaskan, serangan ke Jalur Gaza selama operasi Cast Lade tahun 2008-2009 hanyalah persiapan menyingkirkan keterlibatan pemerintah Libanon dalam konfrontasi perang mendatang dengan Hizbullah.
Maarev menegaskan, statemen Yisthak bukan sendirian. Sejumlah statemen senada bersumber dari rabi-rabi besar di Israel selama kurun belakangan. (bn-bsyr)
The Dajjal Crimes
Subscribe to:
Posts (Atom)