Thursday, August 19, 2010

Askar Israel hina tahanan Palestin (The Dajjal Crimes)


The Dajjal Crimes

BAITULMUQADDIS – Gambar-gambar seorang askar wanita Israel yang bergambar bersama sekumpulan tahanan Palestin yang bergari dan mata mereka ditutup dengan kain menimbulkan kecaman hebat di Israel kelmarin.

Stesen televisyen Israel menyiarkan gambar-gambar tersebut manakala pihak tentera mengeluarkan satu kenyataan yang menyifatkan ia sebagai tingkah laku yang tidak tahu malu.

Askar wanita yang bergambar itu, Eden Aberjil sudah menamatkan perkhidmatan ketenteraannya sejak setahun lalu.

Aberjil menghantar gambar-gambar yang dirakamkan pada tahun 2008 itu ke laman Facebook.

Gambar itu menunjukkan dia tersenyum di hadapan tiga orang tahanan Palestin yang digari dan mata mereka ditutup.

Bagi mempertahankan tindakannya itu, Aberjil berkata: “Saya tidak memalukan tahanan-tahanan ini. Saya tidak memukul atau bersikap kurang sopan terhadap mereka. Ia sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh askar-askar Amerika di dalam penjara Iraq.

“Tidak ada kenyataan pada gambar itu yang menyebut mengenai keganasan, sikap tidak hormat atau apa sahaja yang menyinggung perasaan mereka (tahanan). Saya cuma merakamkan gambar dengan seseorang.

“Apabila saya mendapati ramai orang yang tersinggung, saya kemudian mengeluarkan gambar tersebut,” kata Aberjil kepada Radio Israel. Namun, perbuatan askar Israel itu mendapat kecaman Ketua Jawatankuasa Menentang Penderaan Israel, Yishai Menuchim.

“Tindakan ini menggambarkan sikap yang sudah menjadi kebiasaan dan menjadi bukti bahawa tahanan Palestin dilayan seperti objek bukannya manusia,” kata Menuchim dalam satu kenyataan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my

Kedutaan Turki di Israel diceroboh (The Dajjal Crimes)

The Dajjal Crimes


BAITULMUQADDIS – Seorang penduduk Palestin yang memecah masuk ke pejabat Kedutaan Turki di Tel Aviv, Israel dan cuba menahan beberapa tebusan kelmarin merupakan bekas pemberi maklumat Israel yang mencari suaka politik, kata peguam belanya, Avital Horev semalam.

Penduduk Palestin itu, Nadim Injaz ditahan di dalam kedutaan itu sebelum dia diserahkan kepada pihak berkuasa Israel.

Horev menyatakan anak guamnya itu yang lahir di bandar Ramallah dikehendaki oleh pihak berkuasa Palestin kerana bekerjasama dengan Israel.

Satu kenyataan rasmi dari Kementerian Luar Turki memberitahu Nadim telah memanjat tingkat satu bangunan kedutaan, bersenjatakan sebilah pisau, bekas mengisi petrol dan pistol mainan.

Namun, tiada sesiapa di kedutaan itu yang cedera dalam kejadian tersebut.

Sumber perubatan Israel menyatakan Nadim mengalami kecederaan kecil selepas dia ditembak di kaki pada Selasa lalu.

Dia kemudian dihantar ke hospital Ichilov di Tel Aviv.

“Sepanjang tahun 1990-an, dia berjaya menggagalkan banyak serangan Palestin dan menyelamatkan ramai nyawa askar serta penduduk Israel.

Namun, Shin Bet enggan memberinya perlindungan,” kata Horev.

Shin Bet bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan dengan Nadim.

Jurucakapnya menegaskan Nadim tidak pernah bekerja dengan Shin Bet dan kesnya dikendalikan oleh pihak polis. – AFP

kredit : kosmo.com.my

The Dajjal Crimes
Related Posts with Thumbnails