Wednesday, June 30, 2010

Zionis tangkap Palestin yang dituduh ada kaitan dengan Al Qaeda. (The Dajjal Crimes)


The Dajjal Crimes

Rabu, 30/06/2010 -Tentera Zionis Israel baru-baru ini telah menangkap tujuh pemuda warga Palestin dari Nazareth, utara wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948 atas tuduhan terlibat dengan organisasi Al-Qaeda.

Polis Israel pagi hari ini memutuskan untuk mengeluarkan butiran lebih lanjut penangkapan beberapa orang pemuda yang dituduh melakukan pembunuhan terhadap pemandu teksi Israel dari bandar Nazareth Utara (Nazareth Illit), dan dakwaan merancang serangan lain. Menurut laman akhbar Yahudi “Ha’aretz”, polis Israel telah menangkap tiga orang muda dari Nazareth November lalu yang merekrut empat pemuda untuk “melakukan keganasan”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Sumber: http://palestinkini.info/?p=6839

The Dajjal Crimes

Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan (The Dajjal Crimes)

The Dajjal Crimes

"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran 139)

Seruan daripada Allah s.w.t. kepada seluruh mukminin. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan diresapi kekecewaan. Kekecewaan tidak akan bergabung dengan keimanan, kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman serta mempunyai talian dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza.

Ini adalah kewajiban setiap individu..


* Qunut - Membaca qunut pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan waktunya kepada orang-orang yang masih belum mengetahuinya.

* Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan kepada badan tempatan yang menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

* Mendermalah untuk membeli senarai ubat-ubatan yang diperlukan dan diumumkan oleh persatuan perubatan dan kesatuan doktor-doktor Arab. Menyumbang secara terus samada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan.

* Bersama-sama turut serta mempersiapkan rombongan (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api).

* Menyumbanglah dengan darah kamu (Jikalau kamu terhalang untuk berjihad di bumi Palestin, maka menyumbanglah dengan darah kamu untuk menyelamatkan para mujahidin di sana).

* Luahkan kemarahan kamu dengan segala wasilah yang dibenarkan - sertailah perhimpunan yang disusun secara sah di stadium dan dataran di peringkat negeri atau kebangsaan ataupun di kawasan-kawasan perumahan dan kampung.

* Paparkan slogan pada banner, bunting atau tulislah dengan tangan kamu sendiri atau sebarkanlah sms dan emel.

* Tabung Palestin di setiap rumah (Didik anak-anak kamu menabung dari perbelanjaan mereka demi untuk Palestin).

* Wahai para pemudi dan wanita yang beriman mendermalah dengan barang-barang perhiasan yang kamu miliki.

* Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh:-
o Para Pendakwah: Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serula pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

o Ahli Parlimen: Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

o Ahli Politik dan Parti: Himpunkan ummah untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

o Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

o Wartawan: Sertailah dengan kalimah : melalui bahan bacaan ataupun televisyen, sebarkan kepada dunia melalui radio dengan maklumat-maklumat dan juga melalui televisyen mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang berlengah-lengah, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lupa.


Kewajiban secara jama'ie

Semua Kesatuan, persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara berkumpulan menuntut supaya pintu masuk ke Palestin dibuka. Dengan izin Allah semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada rakyat Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin.." (At-Taubah : 105)


Aman Palestin
www.amanpalestin.net

Tuesday, June 29, 2010

Deklarasi Balfour, Inggeris Dan Wujudnya Negara Haram Israil (The Dajjal Crimes)


The Dajjal Crimes

Kebanyakan dari kita mengetahui tentang negara Israil, namun tidak semua yang benar-benar mengetahui asl usul kewujudan negara Israil serta kaitan Israil dengan kuasa-kuasa besar dunia seperti British dan Amerika Syarikat. Melalui blog ini aku akan cuba untuk jelaskan susur galur pembentukan negara Yahudi tersebut dan kaitan dengan setiap negara yang berselindung disebalik keganasan negara haram tersebut. Post ini mungkin akan mempunyai sambungan dan bukannya disiapkan melalui satu post sahaja. harap bersabar membaca bahagian seterusnya....

Kekuatan Israil yang berkuasa di Timur Tengah dan kaitan dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat telah lama di sedari oleh masyarakat dunia. Kewujudan negara haram Israil itu sendiri adalah atas dasar kepentingan Pihak Inggeris dalam menjaga kekuasaan mereka. Jika hari ini U.S menjadi dalang kepada penyembelihan bangsa Palestin dengan bantuan alatan ketenteraan yang berjumlah berbilion dolar setahun, penubuhan negara Israil pula didalangi oleh pihak Inggeris yang satu masa dulu memegang kekuasaan di Timur Tengah.

Pada dasarnya, penubuhan negara Israil tiada kaitan dengan bangsa Yahudi. Teraju utama ke arah pembentukan negara Israil ialah bangsa Yahudi yang berpegang kepada ideologi Zionisme. Zionisme merupakan ideologi politik yang di pimpin oleh golongan Yahudi liberal yang tidak mempercayai agama Yahudi (golongan atheis @ tidak beragama). Golongan ini bermatlamat mewujudkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi di negara Palestin. Dalang di sebalik penubuhan negara Israil ialah ialah Menteri Luar Britain bernama Arthur James Balfour yang telah menulis surat kepada Lord Rothschild, pemimpin komuniti Yahudi Inggeris, untuk dikirimkan kepada Zionis yang bertarikh 2 November 1917 . Surat tersebut dikenali sebagai Deklarasi Balfour(Gambar Atas )yang menandakan terbentuknya sebuah negara haram Zionis di tanah milik rakyat Palestin.

Surat itu menyatakan polisi yang dipersetujui dalam mesyuarat kabinet Inggeris pada 31 Oktober 1917 iaitu antara lain menyebut bahawa pemerintah Inggeris menyokong rancangan-rancangan Zionis mewujudkan negara Yahudi di Palestin. Dalam erti kata lain, deklarasi tersebut telah memberikan hak kepada Yahudi menduduki dan menjajahi bumi Palestin serta membentuk negara haram Israel. Ia merupakan batu asas penjajahan ke atas bumi Palestin yang diletakkan oleh Britain dan bermulanya dengan rasminya penafian hak kewujudan rakyat Palestin ke atas bumi dan tanah air mereka sendiri

Jika dikaji lebih mendalam, Deklarasi Balfour sebenarnya dihalalkan untuk menjaga kepentingan pihak Britain di Timur tengah. Ideologi Zionisme itu sendiri mula wujud lebih awal lagi sekitar (tak tau waktu tepat- harap maaf)penghujung abad ke 19 hingga awal abad ke 20. Jarak waktu ini merupakan waktu bergolak dunia kerana pada awal abad ke 20 tersebut bermulanya perang dunia pertama iaitu sekitar tahun 1914. Pembentukan ideologi politik Zionisme ada hubungkait dengan kepentingan kuasa besar dunia pada waktu itu.Pembentukan negara Zionis di tanah Palestin itu dimaksudkan untuk menjaga kepentingan negara-negara Eropah di kawasan strategik Timur Tengah.

Palestin yang terletak di pusat pemerintahan Uthmaniah serta dekat dengan Mediteranian dan terusan Suez, merupakan kawasan penting untuk Eropah. Dalam hal ini seorang pengkritik besar Yahudi anti Zionis, Moshe Manuhin mengatakan, “Hingga abad 19 tidak ada yang namanya Zionisme. Kesombongan Eropah-lah yang menciptakan politik nasionalisme orang-orang Yahudi dan menyemarakkan lagi hasrat mereka untuk serius dalam menghidupkan idealogi Zionisme.

Bersambung di bahagian ke 2

The Dajjal Crimes

Monday, June 28, 2010

Jet Israel dilarang terbang di Turki (The Dajjal Crimes)




The Dajjal Crimes

ANKARA – Turki menutup ruang udaranya daripada digunakan sejumlah pesawat tentera Israel, laporan agensi berita Anatolia semalam.

Tindakan itu dibuat ekoran sebuah kapal bantuan kemanusiaan milik Turki ke Gaza diserang oleh anggota-anggota komando Israel mengakibatkan sembilan orang warga Turki terbunuh pada 31 Mei lalu. Namun larangan itu tidak melibatkan pesawat komersial.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat pengumuman tersebut semasa menghadiri persidangan Kumpulan 20 (G20) di Toronto, Kanada. Pada Ahad lalu, akhbar Israel, Yediot Ahronot melaporkan bahawa Turki tidak membenarkan sebuah pesawat yang membawa 100 anggota tentera Israel menuju ke Auschwitz, Poland melalui ruang udaranya.

Pesawat itu dipaksa membuat lencongan dan tentera Israel enggan memberi maklum balas secara rasmi kerana tidak mahu memburukkan hubungan dua hala yang kini tegang.

Tiada komen diperoleh daripada pejabat Perdana Menteri Israel berhubung kenyataan Erdogan itu.

Turki yang sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan Israel turut memanggil pulang dutanya di Israel selain membatalkan latihan ketenteraan dengan negara berkenaan.

Ia turut menegaskan akan menghantar dutanya dan meningkatkan hubungan ketenteraan dan perdagangan jika Israel memohon maaf berhubung isu berkenaan. – AP

kredit : kosmo.com.my

The Dajjal Crimes
Related Posts with Thumbnails