Tuesday, June 29, 2010

Deklarasi Balfour, Inggeris Dan Wujudnya Negara Haram Israil (The Dajjal Crimes)


The Dajjal Crimes

Kebanyakan dari kita mengetahui tentang negara Israil, namun tidak semua yang benar-benar mengetahui asl usul kewujudan negara Israil serta kaitan Israil dengan kuasa-kuasa besar dunia seperti British dan Amerika Syarikat. Melalui blog ini aku akan cuba untuk jelaskan susur galur pembentukan negara Yahudi tersebut dan kaitan dengan setiap negara yang berselindung disebalik keganasan negara haram tersebut. Post ini mungkin akan mempunyai sambungan dan bukannya disiapkan melalui satu post sahaja. harap bersabar membaca bahagian seterusnya....

Kekuatan Israil yang berkuasa di Timur Tengah dan kaitan dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat telah lama di sedari oleh masyarakat dunia. Kewujudan negara haram Israil itu sendiri adalah atas dasar kepentingan Pihak Inggeris dalam menjaga kekuasaan mereka. Jika hari ini U.S menjadi dalang kepada penyembelihan bangsa Palestin dengan bantuan alatan ketenteraan yang berjumlah berbilion dolar setahun, penubuhan negara Israil pula didalangi oleh pihak Inggeris yang satu masa dulu memegang kekuasaan di Timur Tengah.

Pada dasarnya, penubuhan negara Israil tiada kaitan dengan bangsa Yahudi. Teraju utama ke arah pembentukan negara Israil ialah bangsa Yahudi yang berpegang kepada ideologi Zionisme. Zionisme merupakan ideologi politik yang di pimpin oleh golongan Yahudi liberal yang tidak mempercayai agama Yahudi (golongan atheis @ tidak beragama). Golongan ini bermatlamat mewujudkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi di negara Palestin. Dalang di sebalik penubuhan negara Israil ialah ialah Menteri Luar Britain bernama Arthur James Balfour yang telah menulis surat kepada Lord Rothschild, pemimpin komuniti Yahudi Inggeris, untuk dikirimkan kepada Zionis yang bertarikh 2 November 1917 . Surat tersebut dikenali sebagai Deklarasi Balfour(Gambar Atas )yang menandakan terbentuknya sebuah negara haram Zionis di tanah milik rakyat Palestin.

Surat itu menyatakan polisi yang dipersetujui dalam mesyuarat kabinet Inggeris pada 31 Oktober 1917 iaitu antara lain menyebut bahawa pemerintah Inggeris menyokong rancangan-rancangan Zionis mewujudkan negara Yahudi di Palestin. Dalam erti kata lain, deklarasi tersebut telah memberikan hak kepada Yahudi menduduki dan menjajahi bumi Palestin serta membentuk negara haram Israel. Ia merupakan batu asas penjajahan ke atas bumi Palestin yang diletakkan oleh Britain dan bermulanya dengan rasminya penafian hak kewujudan rakyat Palestin ke atas bumi dan tanah air mereka sendiri

Jika dikaji lebih mendalam, Deklarasi Balfour sebenarnya dihalalkan untuk menjaga kepentingan pihak Britain di Timur tengah. Ideologi Zionisme itu sendiri mula wujud lebih awal lagi sekitar (tak tau waktu tepat- harap maaf)penghujung abad ke 19 hingga awal abad ke 20. Jarak waktu ini merupakan waktu bergolak dunia kerana pada awal abad ke 20 tersebut bermulanya perang dunia pertama iaitu sekitar tahun 1914. Pembentukan ideologi politik Zionisme ada hubungkait dengan kepentingan kuasa besar dunia pada waktu itu.Pembentukan negara Zionis di tanah Palestin itu dimaksudkan untuk menjaga kepentingan negara-negara Eropah di kawasan strategik Timur Tengah.

Palestin yang terletak di pusat pemerintahan Uthmaniah serta dekat dengan Mediteranian dan terusan Suez, merupakan kawasan penting untuk Eropah. Dalam hal ini seorang pengkritik besar Yahudi anti Zionis, Moshe Manuhin mengatakan, “Hingga abad 19 tidak ada yang namanya Zionisme. Kesombongan Eropah-lah yang menciptakan politik nasionalisme orang-orang Yahudi dan menyemarakkan lagi hasrat mereka untuk serius dalam menghidupkan idealogi Zionisme.

Bersambung di bahagian ke 2

The Dajjal Crimes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails