Friday, July 9, 2010

Khutbah Khusyuk (The Dajjal Crimes)


The Dajjal Crimes

Lama betul aku x update blog aku...rasanya dah hampir seminggu aku xpost apa2 kt sini ..aku sekrg ada kt kg..dah seminggu aku tinggalkan ank aku yg baru lahir n isteri aku kt sni..besok n lusa cuti...so ada peluang aku jenguk anak aku...bestnya jadi ayah...berjauhan ngn anak kejap pn rindu bgai nk gila. Lepas habis keje tadi aku trus pecut keta dari Johor ke negeri tempat kelahiranku Kelantan.Tiba waktu solat Jumaat aku singgah di Masjid Jamek Kg. Air Papan, Mersing johor.

Hari ni buat pertama kalinya aku betul2 kusyuk mendengar khutbah Jumaat.Sblm ni dengar jugak tapi x berapa khusyuk sangat.Tajuk khutbah ialah "Selamatkan Masjidil Aqsa" Khatib yang baca khutbah sampai menitiskan air mata semasa mebaca khutbah tersebut. Aku dapat ilmu yang bergna dari khutbah hari ni. Rupanya tanah Palestin yang tinggal hari ini cuma Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Daerah yang lain telah secara rasminya diduduki oleh pihak dajjal Israil.

Khutbah menyeru umat Islam seluruh dunia untuk sama-sama membantu rakyat Palestin dari cengkaman penjajah dajjal Israil. Khutbah yang betul2 menyentuh jiwa diiringi dengan bacaan ayat-ayat Allah oleh suara merdu Khatib tersebut, membuatkan ada ketikanya bulu roma aku mencacak geram dan marah dengan keadaan yang berlaku. Aku memang anti-Zionis Israil. Sejak aku mula berkenalan dengan isu sejarah rentetan keganasan dunia ini, hati aku xpernah berupaya untuk terima setiap tingkah laku pihak Israil

Aku mahu menolong!!!!!!tapi persoalannya, bagaimana caranya. Aku bukanlah billionaire yang berupaya untuk memberi Marvi Marmara sebagai kapal pembawa bantuan @ membeli jet F18 atau F22 ataupun jet V yang dimiliki US untuk diberikan pada rakyat Palestin untuk menyerang Israil. Aku juga bukan pemimpin dunia yang hebat yang berupaya memimpin dunia bagi menentang Israil seperti yang dilakukan Nelson Mandela dalam menentang isu Aphertaid di Afrika. Aku juga bukan ahli sejarah yang boleh membongkar rahsia sejarah pembohongan Israil.......JADI....APA YANG BOLEH AKU BUAT?

Sebagi insan kerdil dan saudara kepada rakyat Palestin, hanya doa yang dapat aku panjatkan pada Allah agar ditemukan rahmat disebalik konflik yang berlarutan sekarang ini. Hanya itu yang mampu aku lakukan....

The Dajjal Crimes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails