Friday, June 25, 2010

Petraeus dilantik panglima perang ganti McChrystal (The Dajjal Crimes)

The Dajjal Crimes

WASHINGTON: Presiden Barack Obama kelmarin meletakkan tanggungjawab peperangan di Afghanistan di dalam tangan wira Iraq, Jeneral David Petraeus, selepas memecat komander AS, Stanley McChrystal kerana keceluparan mulutnya.

“Peperangan adalah lebih besar daripada seorang lelaki atau wanita, sama ada prebet, jeneral atau presiden,” tegas Obama, selepas memecat Jeneral McChrystal kerana menghina anggota kanan kabinet awam peperangan dalam temuramah sebuah majalah.

Presiden itu berkata tangannya terikat kerana beliau perlu menjaga integriti perkhidmatan awam dan tentera serta memberi amaran beliau tidak akan membiarkan perpecahan dan masalah kecil mengganggu pasukan keselamatannya.

McChrystal tetap tersingkir walaupun terdapat pandangan dan sokongan dari Eropah dan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, yang kemudiannya mengalu-alukan pelantikan Petraeus.

Petraeus dipandang tinggi di Washington, selepas beliau berjaya merangka strategi ketenteraan yang berjaya menamatkan peperangan di Iraq.

Obama menyanjung karier cemerlang McChrystal, sebelum dengan tegas berkata: “Sikap yang ditunjukkan dalam rencana yang disiarkan baru-baru ini tidak menepati sikap yang sepatutnya dipamerkan oleh seorang jeneral memerintah.”

McChrystal diarah balik ke Rumah Putih untuk dipecat, dan menghadap Obama selama setengah jam, di mana beliau mengemukakan surat peletakan jawatan.
Obama berkata perpaduan adalah penting, ketika beribu-ribu askar Amerika dihantar ke Afghanistan dalam usaha untuk menumpaskan Taliban dan membawa kestabilan kepada negara berkenaan.

“Saya baru saja memaklumkan pasukan keselamatan saya bahawa sekarang adalah masa untuk bersama. Walaupun saya mengalu-alukan pandangan berbeza, saya tidak akan membiarkan berlaku perpecahan.”

Bagi menunjukkan mereka bersatu, Obama dikelilingi di Rose Garden Rumah Putih itu oleh Petraeus, Naib Presiden, Joe Biden, pengerusi angkatan bersenjata Amerika, Mike Mullen dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates ketika presiden mengumumkan keputusannya berhubung isu berkenaan kelmarin. – AFP

The Dajjal Crimes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails