Sunday, October 24, 2010

Abbas Patut Dilucutkan Jawatan (The Dajjal Crimes)


The Dajjal Crimes

24 Oktober 2010 - London - Badan-badan Palestin di Eropah berkata yang Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, harus dilucutkan kuasanya berdasarkan kenyataan yang dibuatnya di televisyen Israel di mana beliau telah mengumumkan rancangannya untuk menggugurkan beberapa hak bersejarah rakyat Palestin sebagai imbalan bagi sebuah negara berdasarkan sempadan tahun 1967.

Sebuah kenyataan yang ditandatangani oleh 29 buah yayasan Palestin di benua Eropah berbunyi, "Perbuatan mengalah oleh mana-mana tokoh Palestin yang menjayakan usaha penjajahan Israel, dalam bentuk kata-kata atau perbuatan, melayakkan mereka-mereka ini untuk digugurkan dari semua kedudukan dan kekuasaan yang mereka tempati, dan [tokoh-tokoh berkenaan] harus serta-merta bertanggungjawab ke atas pelanggaran berlanjutan yang dilakukan ke atas hak-hak mutlak rakyat Palestin."

"Mahmoud Abbas dan orang-orangnya lupa yang tidak ada sesiapapun memiliki kuasa untuk menggugurkan atau boleh campurtangan dalam perkara hak-hak rakyat Palestin. Mereka adalah hak-hak yang sah yang mana rakyat kita telah banyak berkorban demi mempertahankannya selama hampir satu abad," sambung kenyataan tersebut.

Organisasi-organisasi berkenaan juga mengecam keras kenyataan pegawai senior PLO, Yasser Abedrabbo, yang mengumumkan akan kesanggupan Pihak Berkuasa Palestin untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, dengan mengatakan, "Kami mengutuk keras sebarang kenyataan tidak bertanggungjawab oleh mereka-mereka yang tidak memiliki hak-hak yang sah dalam arena Palestin, seperti apa yang baru-baru ini dikatakan oleh Yasser Abedrabbo tentang mencapai tujuan strategik dengan cara mengiktiraf 'negara Yahudi' Israel bagi mencapai penyelesaian politik."

The Dajjal Crimes

"(Syarat Israel yang menuntut pengiktirafan terhadap Israel sebagai Negara Yahudi) suatu usaha untuk menghalalkan ciri rasis penjajahan dan negara Israel dan ia adalah usaha mereka yang terdesak bagi menutup peluang pelarian Palestin untuk kembali ke tanahaiar mereka."

"(Kedudukan Abbas) juga bertujuan untuk mengancam rakyat kita, yang berada di bumi Palestin yang dijajah pada tahun 1948, dari segi kewujudan dan kestabilan mereka, terutamanya kerana mereka terlibat dengan paket undang-undang rasis yang baru dirumuskan oleh kerajaan pelampau Israel, seperti sumpah untuk setia kepada undang-undang negara Yahudi dan larangan terhadap semua rujukan kepada Nakba (bencana)."

Kumpulan ini menekankan yang perkembangan baru-baru ini "membentuk satu situasi yang dunia hari ini tidak boleh palingkan pandangan mereka atau berdiam diri, serta kenyataan yang lebih jelas berkenaan logik Israel yang berkaitan dengan proses damai sebagai rangka kerja untuk memperpanjangkan penjajahan dan memusnahkan hak-hak mutlak rakyat Palestin."

1 comment:

Related Posts with Thumbnails