Sunday, October 24, 2010

Netanyahu Ulangi Tuntutan Iktiraf Negara Yahudi (The Dajjal Crimes)


The Dajjal Crimes

24 Oktober 2010 - Bethlehem - Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu, yang sering mengecam para perunding Palestin kerana membangkitkan isu pembekuan penempatan pendatang sebagai "prasyarat" bagi rundingan damai, berkata dalam sebuah wawancara radio tentera yang perdamaian hanya boleh dicapai setelah Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi.

Tuntutan Netanyahu itu dibuat setelah dia berucap di Persidangan tahunan Institut Polisi Orang Yahudi di Baitul Maqdis. Dia berkata yang keperluan bagi keselamatan Israel sangat mahal harganya dan sentiasa saja terus meningkat, sambil menjelaskan bahawa sebarang perdamaian yang berpanjangan dengan Palestin haruslah didasarkan pada "penyusunan keselamatan yang sesuai".

Netanyahu juga mengulangi keperihatinannya terhadap isu Iran dan meluahkan harapan agar hubungan negaranya dengan Turki akan dapat diperbaiki. Hubungan kedua-dua negara Mediteranean berkenaan telah renggang lanjutan dari insiden serangan Israel, pada 31 Mei lalu, yang dilancarkan ke atas armada "Free Gaza" di perairan antarabangsa, yang mana telah menyebabkan kematian sembilan orang aktivis Turki.

The Dajjal Crimes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails