Friday, June 25, 2010

Pahlawankah Aku? (The Dajjal Crimes)

The Dajjal Crimes

Pejuangkah aku?

Soaln ini menjadi tanda tanya aku selama ini. Apa yang aku telah buat untuk menegakkan keadilan yang hamapir terkubur selepas kejatuhan Intitusi Khalifah terakhir di Turki yang di dalangi oleh Mustafa Kamal Artatuk, pemimpin sekular yang cuba menjadi negara Barat dan tidak pernah berbangga menjadi orang Islam.

Aku hanya insan kerdil...tidak seperti pemimpin idolaku Che' Det (Tun Dr. Mahathir) yang berjaya merubah Malaysia dari negara kecil yang tak punya apa-apa hingga menjadi negara yang digeruni. Apa yang boleh aku buat untuk mengangkat martabat umat Islam agar tidak lagi menjadi cercaan dan hinaan musuh Islam. Adakah perlu berfikiran seperti Mustafa Kamal Artatuk yang berkiblatkan Barat semata-mata ingin menjadi sahabat Barat namun jati diri negara yang tergadai akhirnya.

Soalan ini masih menghantui aku semenjak dari aku mula bertatih tentang ilmu dan pergolakan konflik dunia. Apa yang seorang guru seperti aku boleh buat untuk menegakkan keadilan dunia. Allah itu Maha Adil, mungkin akan ada hikmah disebalik apa yang telah umat Islam lalui ini. Itu yang aku harapakan selama ini. Setiap kali membaca penindasan yang dilalui umat Islam, aku berdoa agar Malaysia dikekalkan keamanan dan kawan-kawan seagama yang ditindas akan mendapat pertolongan Allah secepat mungkin.

The Dajjal Crimes

Aku insan kerdil...hanya ini yang mampu aku lakukan. Menggunakan jari jemari untuk menekan kekunci komputer dan menyebarkan ilmu dan kesedaran kepada umat manusia tentang kezaliman musuh Islam.Harapkan dengan ini umat Islam sedar akan setiap gerak geri musuh Islam yang hanya mengintai dan menunggu peluang untuk menjatuhkan martabat umat Islam dan seterusnya melenyap kekuatan Islam di muka bumi ini.

Dunia hampir kiamat, cuma kita yang belum menyedarinya. Petanda kecil kiamat sudah lama terbentuk. sebagai umat Islam kita perlu percaya itu semua. kepada kawan-kawan diluar sana, tanyalah soalan ini kedalam dalam kawan2.....PEJUANGKAH AKU?

The Dajjal Crimes

2 comments:

  1. pejuang masih lagi pejuang selagi tau apa yg hendak dijuangkan....

    ReplyDelete
  2. harap kita semua tahu apa yang akan kita perjuangkan. InsyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails